pengumuman penting

hari ahad ni aku akan balik ke teganu...jadi sambut la kepulangan dengan penuh gembira

RAYA 1 MALAYSIA....( penulisan yang ceria)


my house

my twin

my bro
adik-beradik yang bermacam warna bajunya
dah tua dapat duit raya
my baba n mama
my big family

raya tahun ni family aku menyambutnya dengan sedarhana....
ye la tahun ni aku akan menyambut beberapa hari yang besar iaitu abang aku akan berkahwin pada 17.10...jadi sambut raya pun ala kadar je....

korang lihat sahja warna baju raya kitorang semua lain2, ini menunjukan bahawa family kami mengamalkan konsep 1 malaysia yang di sarankan oleh perdana menteri kita..... he

raya tahun ni pun mungkin raya terakhir aku bersama abang long aku yang mana mungkin lepas ni apabila berumah tanga dia tidak akan raya bersama kami lagi...sedih jugak...sob2

raya tahun juga mungkin terlewat nk tulis dalam blog ye la dok sibuk cat rumah je...n rumah aku baru siap jadi kelankabut untuk menyambut syawal n kenduri abang aku....

jadi kt entry ni aku banyak sajikan hidangan gambar untuk kawan2 bloger...untuk jamuan raya kali ini

TIDAK LUPA N TERLEWAT UNTUK UCAP SELAMAT HARI RAYA KEPADA GENG BLOGER UDM N SEMUA YANG MEMBACANYA

JEMPUTLAH DATANG KENDURI MY BRO PADA 17.10.2009...
DI ALAMAT 1676-C JALAN GAJAH 10, KG.KUBU GAJAH,47000,SG.BULOH SELANGOR

SENSETIFKAH KITA TERHADAP ISLAM





AKU RASA TIDAK BOLEH TIDOR KERANA MUNGKIN ADA BUAT SALAH KAT ORANG JADI APE KESALAHAN AKU BUAT HARAP DI MAAFKAN...MUNGKIN ESOK LUSA AKU TIADA BAIK AKU MINTAK MAAF DULU

" ISLAM ITU TINGGI TIADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA"

dalam merungkai SENSETIF KITA TERHADAP ISLAM
aku ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang di lihat di dalam t.v yang mana rusuhan yang berlaku di kota london yang mana di lihat ISLAM pada hari ini dianggap sebagai penganas...sebab ape mungkin salah orang ISLAM itu sendiri....

di london Pertubuhan Hentikan PengISLAMAN telah menjadi kepala kepada rusuhan ini...aku dapat melihat bahawa situasi ini adalah satu taktik musuh ISLAM untuk menghancurkan ISLAM di eropah...ini kerana mereka ingin meinggati perstiwa 11sept yang tiada kaitan lansung dengan Kota London...SENSENTIFKAH KITA TERHADAP ISLAM


Azlan di larang masuk ke untuk member bantuan,
kita lihat pula isu yang terjadi kepada suka rela dari Malaysia yang ingin membantu umat ISLAM di negara bergolak tetapi di tahan oleh pihak berkuasa negara berkenaan sedangkan negara yang melarang itu sendiri adalah negara ISLAM dan dikenali seluruh dunia , adakah kita rela melihat umat ISLAM itu di hina sebegitu rupa sedangkan ada pihak yang ingin membantu...SENSETIKAH KITA TERHADAP ISLAM

kandungan lemak babi dalam makanan, kita lihat sahja masyarakat pada hari ini makan tanpa melihat dahulu isi kandungan dimakan...ingin berkongsi bahawa kod lemak babi bermula daripa E100,E110,E482,e920...banyak lagi tetapi xsempat ditulis disini, mungkin faktor ini juga menjadi faktor keruntuhan akhlak remaja hari ini...SENSETIFKAH KITA TERHADP ISLAM

tarian poco-poco, terkejut juga apabila membaca entray dari blog AIZAT yang menyatakan bahawa tarian poco-poco berasal dari tarian orang kristian yang berbentuk salib yang banyak di tarikan pada masa kini.....SENSETIFKAH KITA TERHADAP ISLAM

KENYATAAN DI ATAS ADALAH FAKTA BUKAN AUTA, JADI MARILAH KITA MENJADIKAN ISLAM "WAY OF LIFE"....

1 ISLAM , UMAT DI DAHULUKAN , AMALAN DI TINGKATKAN.....

APE KE JADAH " SAPU MALAYSIA"....

INDONESIA VS MALAYSIA


saya terkejut jugak minggu ini apabila Malaysia banyak berlembut dengan negara Indonesia yang mana kita melihat indonesia semakin melampau dalam menghetam Malaysia

kes yang senstif bagi saya :
MEMBAKAR BENDERA MALAYSIA :

malaysia dianggap sangat bersopan kerana apabila pemimpin pertama negara meanggap bahawa membakar bendera di indonesia itu tidak melibatkan semua rakyat indonesia tetapi hanya segelintir sahaja, ape ke jadahnya ini...

MEBAKARKAN SEMANGAT MEMBENCIKAN MALAYSIA :

media indonesia juga sangat melampau apabila menyampaikan berita supaya meujudkan semangat bencikan malaysia, dapat dilihat kebenciaan ini apabila mereka mengangkat BULUH RUNCING untuk membunuh rakyat malaysia, ape ke jadahnya ini...
ISTILAH SAPU MALAYSIA :

saya geram jugak apabila mereka mengatakan sapu malaysia ape maksud dengan perkataan ini, mereka mengadakan demostrasi dengan meanggkat sepanduk dengan menyatakan SAPU MALAYSIA , ape ke jadahnya ini....

MASALAH BUDAYA :

ini dapat dilihat apabila budaya menjadi masalah pertikaian dalam masyarakat di sana mereka mengatakan kita banyak meniru mereka seperti tarian pendet...ape ke diorang ingat semua budaya atok diorang punya ke, ape ke jadahnya ini

KITA LIHAT APE MALAYSIA BERI KEPADA INDONESIA:

1 ) AMAH DI BERIKAN KERJA SEBAGAI PEMBANTU RUMAH,
MALAH BARU-BARU INI DI MINTA PULA NAIK GAJI...CERMIN DULU APABILA NK MINTAK NAIK GAJI...DUDUK UMAH FREE, BAJU FREE, TAK KAN NK MINTAK NAIK GAJI LAGI

2) DI BERI PELUANG KERJA SEBAGAI BURUH,
LIHAT SAHAJA RAMAI PEKERJA DI SEKTOR PEMBINAAN APE XCUKUP LAGI KE MALAYSIA BERI

3) ADA MELAKUKAN PERNIAGAAN YANG BESAR,
KEADAAN DAPAT DILIHAT DI CHOW KIT, RAMAI MAT INDON MENGUASAI PERNIAGAAN DI SANA APE TAK CUKUP LAGI KE...

saya juga dapat call dari kawan saya ape diorang kata kat saya:
"bir, aku kena tukar imej sekarang dan becakap guna loghat indon walapun berasal dari kelantan...geram juga aku , kita bagi dio kijo kat malaysia nk bunuh kito pulok...nk balik bir, takot aku..."

bagi saya pulak kalau boleh nk je suruh semua mat indon ni balik dan blah je dari malaysia kerana di sebabkan mereka juga banyak terjadi masalah sosial di malaysia ini...

renung2 kan dan selamat memberi komen............GERAMNYA




MALAM TUJUH LIKO JANGAN KITA BERDENGKUR

TANDA MALAM LAILATUL QADAR

"MALAM YANG TIDAK PANASA DAN TIDAK SEJUK DAN PAGINYA MATAHARI MENERANGI CAHAYA NYA KELIHATAN MENDUNG KERANA MALAIKAT TURUN NAIK PADA MALAMNYA"




mungkin ada yang pernah mendenagr ayat diatas tapi mungkin huraian yang bebeza...

10 hari lagi ramadan akan meninggalkan kita dan syawal akan tiba tanda kemenagan umat islam

disini aku ingin menyeru kepada sahabat memperbanyakan ibadat dengan tujuan untuk mendapat malam lailatu qadar...

SEMUA KELEBIHAN INI PERLU DIPERTINGKATKAN DENGAN MEGAMALAKAN AMALAN SUNAT DAN BERDOA SEPERTI KATA PEPATAH:

" sesuatu itu tidak datang bergolek"

kelebihan lailatu daqar:

KEPADA PELAJAR : MENDAPAT KEBERKATAN DALAM PELAJARAN DAN DIPERMUDAHKAN DALAM PELAJARAN

KEPADA IBUBAPA : MINTALAH SUPAYA MENDAPAT ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH

disini saya ingin menyeru kepada sahabat semua mempernayakan amalan sunat supaya kita mendapat kelebihan malam lailatuqadar dengan tidak hanya tidor tetapi memperbanyakan ibadat selagi hayat masih di kandung badan....

amalan sunat:

banyak kan berdoa
sembahyang sunat taubat, hajat, dan disertakan witir
banyakan berzikir kepada Allah


sekadar renungan untuk di kongsi bersama




PEMBERITAHUAN

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 73 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?
Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.
Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:
- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.
Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.
Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.
Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.
Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.
Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.
International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.
The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."
Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.
Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.
Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.
Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.
Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.
Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.
Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.
Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.
Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.
Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.
DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!
Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.
DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.
Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.
Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.
Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.
Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.
Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.
Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.
Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.
Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.
Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.
Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.
Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.
Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.
Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.
Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.
Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.
Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.
Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.
Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.
Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.
Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.
Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.
Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.
Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.
Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan

sekadar renungan

Jagan tertarik pada seseorang di sebabkan paras rupa,
sebab keelokan paras rupa boleh meyesatkan,

Jagan pula tertarik pada kekayaan,
sebab kekayaan boleh membawa kemusnahan,

Tertariklah pada seseorang yang dapatmembuatkan anda tersenyum,
sebab senyuman boleh membuatkan hari yang mendung menjadi cerah.....

apa respon anda tentang ayat diatas