NEGARA SEMAKIN TUA

remaja plastin menuntut kemerdekaan


sebelum membaca sedekahkan AL-FATIHAH kepada pejuang ISLAM dan pejuang bangsa tanah air kita.....

dalam kesempatan menulis pada pagi ini......

sedar tidak sedar sudah hampir sepuluh hari kita berpuasa bagi orang yang berpuasa la... dan tidak kurang 24 jam lagi negara akan semakin tua usianya

selain kita berpuasa tahun ini kita juga menyambut hari yang paling penting iaitu:

HARI KEMERDEKAAN :

hari kemerdekaan adalah hari yang mana di sambut oleh seluruh rakyat malaysia yang mana pada 31 ogos 1957, perdana menteri pada masa itu telah berjaya berunding dengan pihak british untuk membebaskan TM dari kuasa penjajahan. Tahun ini saja telah 24 kali kawe menyambut hari kemerdekaan sejak di lahirkan. Walaupun tidak di lahirakan dalam bulan merdeka tetapi kawe berbangga menjadi rakyat malaysia yang aman damai ini.


selain itu juga kita harus meingati juga pejuang di luar negara yang mana sanggup bermandi darah dalam menuntut hak mereka dalam mencapai kemerdekaan tanah air mereka.

tetapi merdeka pada zaman ini sangat berbeza yang mana kita melihat apabila berlansung hari kemerdekaan pelbagai masalah sosial akan berlaku...adakah ini cara terbaru dalam menyambut hari kemerdekaan tanah air


dalam melihat dari segi penghayatan pula, masa kini kita dapat melihat apabila berlansung hari kemerdekaan masyarakat lebih gemar pergi bercuti dan bersiar di shoping complax yang mana hari kemerdekaan dianggap sebagai hari kelepasan am.....

RASANYA INI SAHAJA YANG HENDAK DI KONGSI DALAM TULISAN KALI INI....SEBELUM MENGUNDUR DIRI TERIMALAH UCAPAN

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52 DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADAN

1 RAMADAN, ibadah didahulukan, pencapaian akhirat di utamakan....

TAZKIRAH RAMADAN

selamat menyambut ramadan kepada semua sahabat bloger,,,

kawe hari ini ingin berkongsi sedikit megenai NIAT dalam pose yang mulia ini

kawe tertarik dengan apa yang dinyatakan dengan hadis nabih yang menyatakan bahawa " SETIAP PERBUATAN BERMULA DENGAN NIAT "

dengan kenyataan diatas sesi tazkirah pada atikel ini ingin memberi nasihat kepada semua sahabat meperbetulkan niat kita di dalam puasa ini....

NIAT UNTUK BELAJAR = biarlah niat belajar itu kerana ALLAH SWT dan niat untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat

NIAT UNTUK KEPIMPINAN = membuat sesautu bukan hendak glmour tetapi menjalankan amanah dengan sebaiknya dan bukan hanya bercakap dan bermusyarat sahaja tetapi kerja tidak dijalankan

NIAT UNTUK KEJAYAAN = sentiasa berdoa untuk berjaya dan mendapat pencapaiaan yang tertinggi dalam hidup dan tidak megecewakan hasrat kedua ibu bapa

NIAT UNTUK BERCINTA = bercintalah kerana ALLAH dan segala yang telah disuruh olehnya dan jagan bercinta kerana nafsu

NIAT BERBELANJA = bersederhana dalam perbelanjaan dan menabung untuk masa depan

" renung-renungkan dan selamat beramal"


Pro A vs Pro M

penulisan yang membangkitkan semangat perjuangan

sebelum kawe menulis lebih panjang ingin kawe bertanya kepada pihak berkenaan bilanya PILIHANRAYA KAMPUS bagi sesmster ini

kawe tertarik menulis dalam rungan kali ini yang mana megenai PRO-A dan PRO-M

ape maksud dengan Pro A=yang mana dapat di terjemahkan dengan pro aspirasi yang mana membawa aspirasi universiti untuk lebih maju

ape maksud dengan Pro M=
yang mana dapat diterjemahkan sebagai pembangkang di dalam universiti tetapi tetap menjadi pelajar di dalam universiti


kawe tertarik dengan isu yang melanda apabila hampirnya PRK yang akan tiba, perlu di jelaskan bahawa PRK adalah satu medan perjuangan kepada bakal pemimpin pelajar supaya dapat menonjolkan diri dalam kepimpinan....


selain itu juga kawe terkejut juga apbila ada pihak yang di gelar pembangkang apabila diminta untuk di buat PRK... adakah hak bersuara itu telah di sekat...


tetapi tidak lah pelik apabila sejak kebelakangan ini kawe dapat melihat berlaku bercanggahan pendapat di antara PRO-A itu sendiri yang mana telah memboikot program yang diadakan oleh organisasi itu sendiri.....

apakah ketogari mereka ini...adakah di gelar pembangkang juga apabila habis zaman pemerintahan nanti.....


disini juga kawe nak bagi nasihat juga kepada adik MPP bentuklah organisasi yang mantap dan lakukan lah terbaik daripada tahun lepas

seperti kata pepatah " JANGAN TENGOK APA YANG ORANG BUAT TAPI TENGOKLAH APA YANG TELAH KITA BUAT " adakah lebih baik atau lebih buruk he.....


hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi apa yang harus kita buat supaya setanding dengan universiti lain melalui MPP bukan sekadar meting tetapi tindakan tiada....bukan hanya berlari kesana kemari dengan masalah peribadi tetapi masalah kebajikan pelajar terabai...jangan hanya mendapat kemudahan tetapi tidak menggunkan dengan sebaiknya....yang terlalu mengikut telunjuk takut memakan diri di kemudian hari...


bukan untuk mengkritik tetapi memberi nasihat

salam ukhuwah




kepada semua pejuang islam marilah kita baca apa yang di tulis di bawah ini

hari ini aku rasa lega yang mana banyak kerja aku dapat siapkan dan segala program yang di rancang berjalan denan lancar...

PERTAMA : ZIARAH AMAL KELAB PERKIM UDM KE HSZNKT


program ni dapat dilaksankan selepas 2 minggu berlalu program Kembara Dakwah kelab perkim UDM
dalam memupuk semangat ingin membantu sesama umat aku tertarik untuk mengadakan ziarah amal ke HSZNKT yang mana disana kami menyampaikan sumbangan kepada pesakit( di wad kanak-kanak ) yang mana kita kadang-kadang terlepas pandang terhadap orang yang memerlukan....terima kasih juga kepada kawan2 yang banyak membantu dalam melaksankan program ini dan pesrta yang lain


antara peserta bersama pesakit

sesi penyerah cederhati

exco banyak membantu


KEDUA : ISLAM TIDAK MELARANG KITA BERHIBUR

amat terkejut rasanya apabila sesautu program itu di buat onar...malam 08.08.09 aku mendapat jemputan khas dari seseorang yang mana menjemput ke majlis dengan di beri sedikit buah tangan iaitu SNICKERS...malam itu aku dapat melihat persembahan pelajar UDM yang hebat tetapi ada berita yang tidak sedap di dengar berlaku pada malam itu..apakah puncanya aku pun tidak tahu....

Di dalam Islam tidak mengharamkan hiburan yang mana mengikut batasan Islam yang sebenar
aku tidak setuju degan cara yang di lakukan oleh pihak tertentu yang mana seperti kata pepatah " tagan kiri baling batu tangan kanan di tuduhnya bersalah " sepatutnya kita melihat dahulu diri kita bagaimana kita sebenarnya sebelum mengkritik orang lain

KETIGA : SELAMAT BERCUTI DAN MENJALANI IBADAH PUASA

kepada semua pembaca SELAMAT BERCUTI bagi mereka yang baru bercuti dan SELAMAT BERPUASA kepada semua UMAT ISLAM dan tidak di lupakan juga kepada GENG BLOGGER UDM walaupun awal lagi ucapan ini di sampaikan

program dah habis

kepada semua sahabat .....program aku untuk ZIARAH AMAL KELAB PERKIM UDM KE HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH KUALA TERENGGANU dah habis....aku pn rasa lega dengan apa yang telah di lakukan.....nantikan kemunculan gambar tentang program ini nanti he.....

salam


hari ini aku mendapat pengkhabaran paling menyedihkan apabila mendengar berita kawan @ adik yang aku kenali telah pergi selamanya.....................Al-Fatihah Untuk Arwah
k
at cini aku nak coretkan sedikit tentang arwah yang mana kami pernah hidup berjiran...( bilik sebelah-sebelah)

dia seorang rajin dan pegemas
selalu pakai serban dan seorang yang mempunyai budi perkerti yang mulia dan sentiasa berusha untu kejayaan

dia juga seorang yang peramah dan banyak membantu apabila di dalam kesusahan

aku selalu panggil EWAH dan itu lah seorang sahabat yang pergi tidak akan kembali lagi..........

MANUSIA BERTOPENG KEMBALI.....

minggu ni aku nk cerita pasal manusia yang bertopeng yang mana aku terjemahkan kepada 2, aku pun berdoa jugak supaya kesihatan aku perpanjangan sihat dapat melakukan ibadah kepada Allah S.W.T :

Orang yang di syaki H1N1 ( Selesama Babi )
= aku pun terpegun juga pasal manusia bertopeng kat universiti aku yang mana aku ingat ninja masuk untuk membenteras kejahatan...tapi rupanya mereka yang disyaki penyakit ini akan disuruh memakai topeng dan bagi mengelakan penularan ini ramai juga memakai topeng dengan mengambil langkah berjaga2...

Orang menyertai Perhimpunan ISA
= aku terkejut jugak dengan manusia bertopeng kat K.L yang menuntut untuk menutup ISA, pada pendapat aku ISA tidak boleh ditutup kerana ia menjadi satu guideline supaya orang ramai mematuhi undang2 negara dan tidak melakukan kerosakan kepada negara...bagi tahanan tanpa bicara pula kita perlu melihat seperti perumpamaan penyakit....baik kita mencegah dari mengubat..jadi kita fikir2 kan lah wahai sahabat

sosial UDM dan Perhimpunan ISA

terdetik dalam sanubari setiap manusia ingin melihat " Kesempurnaan"
tetapi kadang manusia lupa tentang kesempuranaan itu...

Etika Pemakaian di UDM telah diperjuangkan oleh MPP dahulu nampaknya tidak diendahkan walaupun telah ditampal di merata tempat...malah aku melihat pemakaian mahasiswa pada hari ini semakin menonjol bak buah nangka yang di balut dengan kain buruk sahaja...mungkin tiada pihak yang memperjuangkan supaya etika pemakaian ini diteruskan terutamnya MPP yang mana aku melihat mereka pun berpakaian yang tidak sopan jadi tidak lah pelik jika mahasiswa lain mengikut etika pemakian MPP seperti kata pepatah " mana jatuhnya kuah jika tidak ke nasi "

Sosial
pula aku lihat mahsiswa semakin bebas duduk bersama tanpa mengira waktu kecuali ada urusan kerja mungkin dimaafkan... mahasiswa bebas naik motor bersama pasangan mereka jika mereka mahu... cukup dulu tentang UDM

ISA pula pada pendapat aku harus diteruskan kerana apabila manusia itu tiada undang-undang akan menjadi huru hara seperti kita lihat dalam keluarga sendiri apabila tiada undang maka mungkin anak akan mejadi anak derhaka kerana melawan ibu bapanya...
jadi perhimpunan yang diadakan pada 1 Ogos, pada pendapat aku adalah membuang masa sahaja dan lebih baki kita lakukan perkara yang lebih berfaedah bagi memajukan Agama, Bangsa dan Negara.........