
sebelum membaca sedekahkan AL-FATIHAH kepada pejuang ISLAM dan pejuang bangsa tanah air kita.....
dalam kesempatan menulis pada pagi ini......
sedar tidak sedar sudah hampir sepuluh hari kita berpuasa bagi orang yang berpuasa la... dan tidak kurang 24 jam lagi negara akan semakin tua usianya
selain kita berpuasa tahun ini kita juga menyambut hari yang paling penting iaitu:
HARI KEMERDEKAAN :
hari kemerdekaan adalah hari yang mana di sambut oleh seluruh rakyat malaysia yang mana pada 31 ogos 1957, perdana menteri pada masa itu telah berjaya berunding dengan pihak british untuk membebaskan TM dari kuasa penjajahan. Tahun ini saja telah 24 kali kawe menyambut hari kemerdekaan sejak di lahirkan. Walaupun tidak di lahirakan dalam bulan merdeka tetapi kawe berbangga menjadi rakyat malaysia yang aman damai ini.
selain itu juga kita harus meingati juga pejuang di luar negara yang mana sanggup bermandi darah dalam menuntut hak mereka dalam mencapai kemerdekaan tanah air mereka.
tetapi merdeka pada zaman ini sangat berbeza yang mana kita melihat apabila berlansung hari kemerdekaan pelbagai masalah sosial akan berlaku...adakah ini cara terbaru dalam menyambut hari kemerdekaan tanah air
dalam melihat dari segi penghayatan pula, masa kini kita dapat melihat apabila berlansung hari kemerdekaan masyarakat lebih gemar pergi bercuti dan bersiar di shoping complax yang mana hari kemerdekaan dianggap sebagai hari kelepasan am.....
RASANYA INI SAHAJA YANG HENDAK DI KONGSI DALAM TULISAN KALI INI....SEBELUM MENGUNDUR DIRI TERIMALAH UCAPAN
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52 DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH RAMADAN
1 RAMADAN, ibadah didahulukan, pencapaian akhirat di utamakan....