salam 1 Malaysia( patriotisme )

sudah lama rasanya aku tidak didalam blog anokpokghani ni..
ni semua gara2 tesis yang melanda maklumlahkan tahun akhir...

tidak rugi rasanya aku menjadikan blog aku sebagai sudut luhan akedmik yang mana boleh diambil manafaat

tajuk tesis aku ialah mengenai patriotisme yang mana amat penting pada hari ini bagi melihat negara kita terus membangun dan di pandang di mata dunia

Patriotisme dapat ditakrifkan sebagai semangat cintakan Negara dan ada kesanggupan untuk berkorban mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan Negara. Kecintaan pada ibu pertiwi iaitu perasaan cinta mendalam rakyat terhadap tanah air tempat tumpah darah. Individu yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan sedar bahawa beliau telah mencintai Negara kerana semangat ini bersifat abstrak.

Islam tidak pernah melarang untuk kita mencintai negara kita bahkan menggalakan kita memcintai negara kita ini dapat dilihat dalam sabda nabi S.A.W :

“ Ajaralah anak-anak kamu supaya kasihkan nabi dan Negara kamu”

Patriotis ialah orang yag memperjuangkan dan mempertahkan kebebasan dan hak tanah air kerana sayangkannya. Dalam bahasa arab patriotisme disebut sebagai ‘ wataniyah ’ bermaksud cintakan Negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Ungkapan yang digunakan bermaksud ‘ Cintakan Negara sebahgian daripada Iman’.

Patriotisme berasal daripada dua suku kata Yunani, Peter bererti father dan patris bererti land. Gabungan kedua-dua suku kata itu membawa maksud dalam bahasa inggeris ‘the love of a fatherland’. Pengertian yang diberikan oleh kamus, Webster’s Dictionary mengatakan patriotisme sebagai ‘the devoted love, support and defence of one’s country’.

Menurut Profesor Syed Hussein al-Atas, patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling meyakinkan demi mempertahnkan nasib bangsa dan tempat kelahiran sendiri kecuali memiliki rasa patriotisme yang tinggi. Rukun Negara merupakan salah satu elemen dalam menunjukkan kita cintakan Negara dan diumpamakan sebagai mencintai keluarga kita sendiri.

Semanagat patriotisme moden menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, menegaskan bahawa pembagunan sukan popular seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana semangat patriotisme dan menyatukan rakyat dengan cara-cara yang cukup mudah tetapi berkesan. Pencapaian tinggi atlit dan pasukan kebangsaan diperingkat Asia dan dunia sangat penting untuk memulihkan imej dan rasa bangga diri rakyat terhadap Negara.

Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Madya Dr. Mohamed Mustafa Ishak menyatakan patrotisme perlu dinilai dengan Rukun Negara, pengajaran subjek sejarah Malaysia dengan lebih dinamik, penerbitan komik dan buku-buku cerita pendek berkisar tentang pejuang-pejuang bangsa dan pembagunan sukan Negara.
Pada zaman moden ini ujud pula istilah patriotisme alaf baru yang lebih menitik beratkan pendidikan kewarganegaraan, makna dan focus patriotisme, cabaran alaf baru terhadap patriotisme, objektif dan nilai-nilai patriotisme serta pendekatan pelaksanany
a.

contoh yang jelas ialah angkatan tentera malaysia yg mana berkorban demi agama bangsa dan negara

4 comments:

mEan_NeKo said...

wahhhhh~~~ semangat!! itu lah anak malaysia!

tiRa guRLzz.. said...
This comment has been removed by the author.
tiRa guRLzz.. said...

MeRDeka!!MeRDeka!!tanggal 1 bulan 8 57 hari yg mulia,hari bahagia,sambut dengan jiwa yg MERDEKA..

MERDEKA!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN DAN SELAMAT RAMADHAN..

~AHLAN WASAHLAN YA SHAHRI RAMADHAN..
~AHLAN WASAHLAN YA WATANIYAH..

MOHAMED NOOR OTHMAN said...

Adakah mungkin semangat patriotisme yang keterlaluan dan tidak terkawal dalam cabaran kita berdepan dengan nilai patriotisme alaf baru yang pengisiannya boleh mengancam sesuatu pihak?